have a good day...love u all....(♥♥,)
CN BLUE feel good....(´▽`)♪
meh dengar lagu donghae ngan ryeowook nyanyi...(♥♥,)
" love love lovelove love lovelove love love "
MEMANG comel apabila melihat bayi bergerak ke sana sini dengan laju sambil berteriak gembira ketika duduk di dalam kerusi beroda (walker) bayi biarpun masih belum mampu berjalan sendiri.
Walaupun ia mungkin dilihat membantu bayi belajar berjalan, sebenarnya penggunaan kerusi ini tidak memberikan sebarang kebaikan kepada bayi, sebaliknya mampu memudaratkan dirinya.
Sebagai ibu bapa yang bertanggungjawab dan hanya mahukan yang terbaik untuk anak-anak, setiap peralatan bayi perlu diperhalusi kepentingan dan manfaat penggunaannya kepada perkembangan tumbesaran bayi.
Ada ibu bapa berasa meletakkan anaknya di dalam kerusi beroda itu bukan saja mampu ‘mempercepatkan’ anaknya belajar berjalan, malah ia mampu menghiburkan anaknya.Hakikatnya, ibu bapa seharusnya tahu bahawa penggunaan kerusi beroda itu sebenarnya melambatkan perkembangan motor tubuh anaknya, lebih parah ia juga melambatkan perkembangan mental bayi. Kerusi beroda bayi memberi kebebasan bergerak kepada bayi melebihi had keupayaannya sendiri dan lebih pantas daripada tindakan yang boleh diambil ibu bapa untuk membantu sekiranya berlaku kemalangan.
Pada 1994, ketika kerusi bayi sangat popular di Amerika Syarikat (AS), Suruhanjaya Keselamatan Produk Pelanggan mengumumkan kerusi berkenaan bertanggungjawab menyebabkan kecederaan kepada bayi berbanding produk bayi yang lain. Jenis kecederaan yang direkodkan antaranya membabitkan cedera kepala, patah tulang, patah gigi, melecur dan jari tersepit, hingga kes lebih ekstrem membabitkan pemotongan bahagian tubuh atau kematian.
Kebanyakan kecederaan yang berlaku disebabkan bayi terjatuh dari tangga selain cedera akibat bayi mencapai objek panas, berat dan beracun. Disebabkan bahaya yang mengancam nyawa bayi, Kanada mengambil keputusan mengharamkan peralatan terbabit di negara itu pada 2004 dan sesiapa yang didapati memiliki peralatan bayi itu akan berhadapan dengan denda sehingga RM307,035 (CAD $100,000) atau enam bulan penjara.
Namun di sesetengah negara lain, kerusi bayi masih digunakan secara meluas dan kecederaan pada bayi akibat penggunaannya terus berlaku. Pada usia antara enam bulan hingga setahun, bayi yang sihat mempunyai keinginan kuat untuk bergerak di atas kawasan rata. Pada mulanya ia memang sukar bagi mereka kerana perlu berusaha untuk menggerakkan anggota badan, kaki, tangan dan menyempurnakan pergerakan seperti meregang, berguling dan merangkak.
Bayi berasa puas apabila mereka berjaya mencapai matlamat mereka seperti ingin memegang mainan yang berada di satu sudut ruang, selepas belajar menyusun pergerakan untuk sampai ke mainan itu. Kemudian bayi akan meneruskan perkembangan pergerakannya dengan berusaha untuk berdiri pula.
Namun penggunaan kerusi beroda bayi itu merampas semua keajaiban pembelajaran penggunaan motor tubuh bayi kerana ia melangkau semua proses yang sepatutnya dipelajari dan difahami secara perlahan-lahan oleh bayi.
Kerusi beroda itu menyebabkan mereka terus berdiri tidak kena pada masanya, tanpa belajar pergerakan lain terlebih dulu, menyebabkan bayi lambat berkembang dari segi mental. Kekurangan terbesar kepada bayi yang menggunakan peralatan terbabit adalah mereka menunjukkan perkembangan yang lambat dari segi mental biarpun selepas mereka pandai berjalan sendiri.
Kejutan terbesar kepada ibu bapa adalah anak mereka yang menggunakan kerusi beroda itu menunjukkan perkembangan 10 bulan lebih lambat selepas sudah tahu berjalan. Pakar perunding pediatrik, Dr Yong Junina Fadzil berkata, ramai ibu bapa masih salah faham dan menganggap penggunaan kerusi beroda itu akan dapat mempercepatkan pergerakan dan mengajar anak mereka berjalan dengan lebih pantas sedangkan hakikatnya ia tidak sedemikian.
Katanya, penggunaan kerusi beroda bayi itu melambatkan lagi perkembangan bayi mereka dari segi fizikal serta mental. “Lagipun penggunaannya sangat bahaya dan bayi boleh terdedah kepada risiko kemalangan yang boleh mencederakan kepala serta mengakibatkan pendarahan dalaman, seterusnya melambatkan lagi perkembangannya.
“Bayi yang menggunakan kerusi beroda ini tidak belajar berjalan sebenarnya kerana kaki mereka tidak betul-betul bertapak di lantai, sebaliknya hanya hujung jari yang digunakan untuk bergerak,” katanya. Bayi juga mudah terdedah kepada perkara yang membahayakan diri mereka sekiranya mereka bergerak dengan laju tanpa kawalan kerana mereka berdepan risiko tinggi untuk terjatuh.
Bayi yang terjatuh dan terkena di bahagian kepala boleh mengalami pendarahan otak dan ada kes yang menyebabkan bayi mati akibat pendarahan otak selepas terjatuh daripada kerusi beroda itu.“Ada ibu bapa yang mengikat kerusi itu dengan tali kerana tidak mahu bayi bergerak laju tetapi ia juga boleh menyebabkan mereka cedera kerana kerusi itu boleh terbalik ke depan dan bayi akan tersembam ke lantai.
“Ibu bapa seharusnya sedar mereka tidak perlu penggunaan kerusi beroda itu untuk mempercepatkan perkembangan bayi kerana ia langsung tidak memberi apa-apa manfaat kepada bayi, sebaliknya bahaya dan boleh mencederakan bayi,” katanya.
Dr Yong Junina berkata, cara terbaik untuk membantu bayi berkembang dengan lebih cepat adalah dengan meletakkan bayi di atas permaidani atau tilam nipis supaya mereka boleh berkembang mengikut kadar sendiri.
Bayi perlu belajar meniarap, merangkak dan berjalan sendiri bagi membantu perkembangan fizikal dan mental yang sihat serta menjadikan mereka lebih bijak. “Jika gunakan kerusi beroda itu, bayi tidak belajar proses meniarap dan merangkap dan ini seterusnya mengganggu perkembangan dan kebolehan bayi menggunakan mental dan fizikal untuk bergerak,” katanya.
ni info hana amik kat blog ICT tugasan sem lepas info ni pon dari internet...klau nak baca banyak lagi bkaklah...blog tu insyaallah hana akan update klau ada masa....ni linknya.... http://taskasehatisejiwa.blogspot.com/
Assalamualaikum...dan salam sejahtera...sahabat2 blog...dan pembaca sekalian...ape kaba...sihat....harap2 sihat...klau sakit gi klinik klau tak nak makan ubat.... (>‿◠)✌
ok baiklah di hari ni hana nak kongsikan sedikit info yang hana wat untuk diri sendiri ( hana sebagai ujikaji...uji diri sendiri hehehe.......senang sikit) untuk keberkesanan solat pada manusia.......solat sangat baik untuk manusia.....terutama orang islam......tak percaya meh baca nie....(♥♥,)
ok ni hana punya perasaan sendiri....setelah mendirikan solat sebaik mungkin...bukan sebelum ni hana tak mendirikan solat sebaik mungkin tapi faham2 je lah manusia ad masa penyakit M ha nampak M tu dibesarkan klau nak tau M tu adalah penyakit MALAS sebab ada syaitan yang menghasut....sekarang ni pon ad syaitan yang menghasut tapi hana cuba sedaya upaya mengendahkan apa sahaja yang syaitan hasut tu....contoh hasutan : ni waktu subuh hana selalu jadi cam ni.....(ala malaslah solat ngantuk lagi nie.....(-_-) zzz)...korang penah tak...ha klau penah jom kita lawan dengan perkataan ni....ajal tak tunggu aku seminit pon aku tak nak mati dalam kekufuran....◕ ◡ ◕
ok lah ni kata2 akhir....macam biaselah....walaupon sesibuk mana...sebuzy mana...sesusah ape pon....ape2 jelah yang sama waktu dengannya...amiklah masa untuk mendirikan yang wajib...so bila masuk waktu nanty jangan lupa solat...ingatan untuk diri sendiri dan rakan2 pembaca blog SinGapoNyo sekalian....(=^・ェ・^=) sekian terima kasih see u dalam post yang lain pulak (>‿◠)✌
(っ◔◡◔)っ ♥ ♥(ˆ⌣ˆԅ) Assalamualaikum. (っ◔◡◔)っ ♥ ♥(ˆ⌣ˆԅ)
ok post hari ni hana just nak perkenalkan ape tu PAKK je...hehe...hana tau ada yang dah tau tapi elok lah kalau kita berkongsi maklumat yang ada...ok nanti kalau ada masa hana isi link2 yang berkaitan dengan PAKK untuk pelajar2 yang amik bidang PAKK boleh wat rujukan kat blog hana...amik je info klau berkaitan hana halalkan...n In Shaa Allah semua link dan post2 yang hana letak kat blog singaponyo ni berguna untuk semua lapisan masyarakat....ok lah jumpa di post lain...thank pembaca sekalian...(っ◔◡◔)っ ♥ ♥(ˆ⌣ˆԅ)
hana ngan kanak-kanak taska. aktiviti main doh. |
selesai sesi main doh senyum semua...\(^o^)/ |
dila ngan kanak-kanak taska. sesi kolaj guna cap jari. |
siap jom amik gambar...senyum...\(^o^)/ |
faty ngan kanak-kanak taska. aktiviti pakai baju. |
cantik dah jom amik gambar...smile...\(^o^)/ |
faika ngan kanak-kanak taska wat aktiviti fizikal guna roda haiwan...pusing jangan tak pusing. |
ok lah kawan2 blogger n pembaca2 blog ni ad satu pesanan ringkas....ni korang dah biasa dengar pon kt fb banyak...tapi hana nak gak buat pesanan kat sini untuk diri hana n kawan2 blogger serta pembaca sekalian...meh baca dan amalkan...pesanan penaja lah sangat...:--
sayangi keluarga terutama mak & ayah korang....ingat surga di tapak kaki ibu...dan ingat pengorbanan ayah mencari nafkah utk membesarkan korang....&....sentiasa menyanyangi adik-beradik jangan berpecah belah...sebab air klau dicincang pasti tk akan putus kecuali klau musim kemarau....( korang nak cincang guane air pon tk dek...hehe...bergurau plak...)
ingat sayangi keluarga anda selagi mereka masih ada....jangan pernah membenci mereka kerana susah payah kita pasti keluarga yang akan membantu....n yang paling penting ingat apa yang kita buat sentiasa di bawah pengawasan Allah s.w.t....ok lah semoga Allah s.w.t sentiasa memberkati kita semua....amin....✿◕ ‿ ◕✿
I LOVE MY FAMILY FOREVER (ɔˆ ³(ˆ⌣ˆc)
jangan lalai @ cuai semasa melakukan kerja2 yang merbahaya ye kawan2 blogger & pembaca blog sekalian....ok take care and........AssalamualaikuM.....(っ◔◡◔)っ ♥
eh sebelum terlupa esok 15 oktober 2013 adalah hari raya korban dan hari lahir LEE DONG HAE salah seorg ahli group SUPER JUNIOR yang ke 27....DONGHAE selamat hari lahir chukaiyo...(◕‿◕✿)
saranghae oppa....(っ◔◡◔)っ ♥ ♥(ˆ⌣ˆԅ)
AssalamualaikuaM....dan Salam Sejahtera....& selamaT malaM...(=^・ェ・^=)
masih lagi belajar......n insyaallah bakal menjadi seorg guru suatu hari nanti...amin...(=^・ェ・^=)hana belaja kt Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak (KPAKK) alhamdulillah sekarang dah sem 3 (=^・ェ・^=) .
hana suka dngar lagu korea....hana suka group Super Junior.....ahli yg digemari ( lee dong hae )
baru je wat blog tahun 2013 bulan june....sekarang ni hana masih lagi belajar mendalami dunia blog...(=^・ェ・^=).....buat blog ni mule2 just tuk suka2 je nak mengisi masa lapang.mula berminat buat blog ni lepas kene wat tugasan untuk subjek ict semesta 2 kt kolej.hana still lagi baru dalam dunia blog ni banyak lagi hana tk tau n nak mendalami dunia blog ni....kepada senior2 blog bantu lah hana yang masih babyjunior ni bukan Carrie Junior ( carrie junior tu bedak hehe (=^・ェ・^=) ) n follow lah hana punye blog ye....hehe...sempat lagi promosi blog (=^・ェ・^=)kata2 penaja lah sangat...(=^・ェ・^=)
jangan pernah belagak, sombong, angkuh, riak, dan yang sama waktu dengannye kerana Allah s.w.t tk suka kite sebagai hambanya menjadi orang2 macam tu tau....so jadilah hamba Allah yg baik dan yg paling penting jadi diri sendiri....jgan jd orang lain @ orang utan hehehe....maaf terover pulak....k lah maaf klau ada salah & silap....(=^・ェ・^=)