Nuffnang Ads

href="http://singaponyo.blogspot.com/">borang

Tuesday 23 September 2014

KEK KUKUS MILO (>‿◠)✌

Assalamualaikum...dan salam sejahtera...kepada pembaca blog Singaponyo (=^・ェ・^=)
Dah lama tk update blog...so sempena cuty sem nie hana kembali aktif mengedit blog....so korang follow2 lah ye...ok hari nie hana nak kongsi pengalaman hana kali pertama buat KEK KUKUS MILO... and that my first kek yang hana cuba buat...hahaha...mula2 buat takut tak menjadi...tapi dengan keconfident level yang tinggi hana mencuba juga melaksanakannye...hana cari resepi kat blog die nie...awak thank tau sebab kongsi resepi kek kukus milo nie...nie blog die http://ceritachentakita.blogspot.com/2014/02/resipi-kek-kukus-milo-mudah-dan-cepat.html
ok nie plak gamba kek yang hana buat...:
kek nie dah letak topping...lupa nak amik gamba kek yang belum letak topping.

nie lah hasilnye...gebu dan sedap...milo mencair di mulut...mantop (>‿◠)✌
ok baiklah nie plak resepinye kalau korang pulak nak mencuba...: (>‿◠)✌

KEK KUKUS MILO.bahan-bahanye:...
BAHAN A
1 cawan milo
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1 cawan gula (nak kurangkan pon boleh kalau tak nak manis)
1/2 cawan susu pekat 
BAHAN B
3 biji telur
1 sudu esen vanila
(dipukul kembang) 
BAHAN C
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu soda bikarbonat
1 sudu baking powder 
cara melaksanakannye:
1. bahan A dicampurkan semua dan dimasak di atas api yang kecil. Kacau sampai sebati, lepas sebati, tutup api.
2. sejukkan bahan A dan masukkan bahan B yang korang dah pukul sampai kembang tadi, tak yah bukak api dah masukkan je. Bahan B tadi korang just pukul guna sudu pon boleh just nak bagi dia berbuih2 cantik. korang kacau sampai sebati. (cepat2 tau takut die berketul).
3. pastu masukkan bahan C sikit-sikit supaya tepung tu tak berketul-ketul, korang kacau sampai sebati dan cantik.
4. dah cantik adunan tu tadi, korang sediakan pengukus.
5. adunan tadi korang masukkan ke dalam loyang (loyang: sapukan mentega dan sedikit tepung nak bagi tak melekat). Kalau adunan korang berketul-ketul, tapiskan sebelum masukkan dalam loyang. Kalau adunan tu cantik je masukkan je dalam loyang dan kukus.
6. kukus adunan sampai masak dengan menggunakan api sederhana, jangan besar atau kecil sangat api tu.
7. kukus selama 40 hingga 45 minit.  
BAHAN TOPPING.
1 cawan milo
1/2 cawan susu pekat
2 sudu minyak
3 sudu air
#gaulkan semua guna teknik boilier sampai coklat sebati, jangan cair atau pekat sangat.
#tutup api sejukkan....pastu tuang atas kek tadi...and hidangkan...pastu makan sampai abis...jangan membazir...membazir tu kan amalan syaitan.
Ok lah tu je yang hana nak kongsi hari nie....so korang selamat mencuba...n nanti follow lah blog hana ek...n see you all at my next post...Saranghaeyo chinggu...and all my blogger reader (^з^)- (♥♥,)

No comments:

Post a Comment